FAQ Dapur / Licensee | Mangkuk Tingkat

FAQ Dapur / Licensee Mangkuk Tingkat

Maklumat penting untuk tukang masak & dapur yang ingin bekerjasama bersama Mangkuk Tingkat

Apakah peranan dapur / licensee Mangkuk Tingkat?
Dapur bertanggungjawab memasak, membungkus dan menyediakan juadah harian mengikut SOP serta menu yang ditetapkan. Semua pesanan adalah sistem pick-up sahaja.
Siapa yang sesuai menjadi licensee?
Pemilik dapur rumah, pengusaha katering kecil atau tukang masak berpengalaman yang ingin menjana pendapatan tanpa membuka kedai.
Perlu ada kedai atau kiosk?
Tidak perlu. Operasi dijalankan sepenuhnya dari dapur sedia ada. Tiada keperluan sewa premis.
Adakah perkhidmatan delivery disediakan?
Tidak. Pelanggan akan mengambil pesanan sendiri di pick-up point yang ditetapkan.
Siapa sediakan menu dan harga?
Menu asas, pakej dan struktur harga disediakan oleh pihak Mangkuk Tingkat bagi memastikan standard jenama terjaga.
Adakah dapur perlu ikut menu sepenuhnya?
Ya. Semua dapur perlu mengikut menu yang ditetapkan. Sebarang perubahan perlu kelulusan pihak pengurusan.
Bagaimana aliran tempahan dibuat?
Tempahan dikendalikan melalui sistem pusat. Dapur akan menerima maklumat jumlah pesanan harian untuk disediakan.
Siapa sediakan bahan mentah?
Dapur menyediakan sendiri bahan mentah. Panduan kos dan senarai bahan akan diberikan.
Bagaimana dengan pembungkusan makanan?
Pembungkusan mesti mengikut standard yang ditetapkan termasuk jenis bekas, label dan tahap kebersihan.
Perlu lesen atau sijil pengendalian makanan?
Digalakkan mempunyai sijil pengendalian makanan dan suntikan tifoid bagi menjaga keselamatan dan kepercayaan pelanggan.
Bagaimana kaedah bayaran kepada dapur?
Bayaran dibuat secara berkala berdasarkan jumlah pesanan yang berjaya disiapkan oleh dapur.
Berapa anggaran keuntungan dapur?
Keuntungan bergantung kepada jumlah pax, kawalan kos bahan mentah dan kecekapan operasi dapur.
Berapa orang staf diperlukan?
Boleh bermula dengan 1–2 orang bergantung kepada jumlah tempahan harian.
Ada latihan atau SOP disediakan?
Ya. Licensee akan menerima SOP dapur, aliran kerja dan panduan kualiti.
Boleh sambung operasi selepas Ramadhan?
Ya. Dapur berpotensi diserap sebagai dapur tetap untuk operasi berterusan.

Berminat Jadi Dapur / Licensee?

Daftar sekarang dan jana pendapatan dengan sistem yang tersusun.

Daftar Sebagai Licensee